Monday, February 27, 2017

Intro ?

Assalamualaikum and hey there 🙋

Blog kembali public! {yeayy}
Sebelum ini, blog under construction, jadi terpaksa di-privatekan.

Eh siapa ni? Rasa macam tak pernah follow pun? Kenapa entry ni tiba-tiba muncul di news feed? 

Pastinya bermacam-macam yang difikirkan oleh kalian hingga tak tercapai pun dek akal saya {cewah}. Dan juga pastinya bertubi-tubi soalan yang mampu menggerakkan sel-sel otak kalian untuk bergabung meletop kebabom {okay enough with the nonsense}.

Bagi kalian yang terjumpa entry ni melalui news feed, yes, saya dah lama dalam bidang blogging ni, dan telah lama juga saya menghilangkan diri. Mungkin dah tak ada pun yang ingat. Yelah, salah saya juga. Dahulunya saya menggunakan nickname yang pelik-pelik -_-

Sekarang ini, dengan semangat dan azam yang baru serta penampilan blog yang lebih ringkas dan elegant {ke?} ini, saya muncul kembali dan bersedia untuk tenggelam ke dalam dunia blogging. {Kalau tak bersandiwara tak sah}

Setiap sesuatu yang kita lakukan pastinya bersebab bukan? Ya, disini saya ingin mengenengahkan tujuan kemunculan semula blog ini. Blog ini akan menjadi medan untuk saya menyampaikan apa yang tidak kesampaian. {?}

Hahaha. Blog ini akan kujadikan tempat untukku coretkan apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran. So, get ready to read tons of boring entries :D

Disebabkan saya sudah semakin hampir ke usia yang akan melayakkan saya untuk menjadi isteri, maka saya akan cuba sedaya upaya saya untuk berkelakuan sopan. Saya sedar saya kini bukan lagi kanak-kanak. 

Dengan menyedari hakikat itu, saya akan cuba untuk menjadi blogger yang professional semampu saya. Sekian saja daripada saya. Rajin-rajinlah jenguk :)

Till the next post, bye-bye.

Sunday, February 26, 2017

Assalamualaikum :)

Hai peeps, Farahein in the house ;)

First of all, welcome to 'Let's Take A Break' blog!
Blog ini dicipta untuk blog owner meluahkan buah fikiran serta apa-apa sahaja yang terlintas di fikirannya :D

Blog ini memang digubah sesuai dengan peningkatan umur owner yang mana owner blog ini telah meningkat dewasa! YEAY! Nampak matang kan blog ni? :P {regardless the pink colour}

Before this, yes, owner memang pernah ada beberapa blog yang sangatlah comel {childish alerted}. Blog-blog terdahulu digunakan untuk post masalah kanak-kanak yang baru nak meningkat dewasa {hahahah} serta untuk menyertai segmen-segmen, giveaways and so on lah. Waktu tu owner masih tak matang {macamlah sekarang dah matang}.

Blog kali ini, owner akan gunakan untuk membincangkan {cewah} perkara-perkara yang terjadi dalam kehidupan owner serta situasi-situasi yang berlaku di sekeliling owner. So, enjoy being an adult here everybody :) {pardon my english and even my malay}

Till the next post, bye-bye :)