Sunday, April 9, 2017

Tips Elak Perut Buncit!

Assalamualaikum and hai geng!

Its been a long time, right? Yea, I'm quite busy with my final exam, excuse me :(

Saya sebenarnya baru sahaja habis jogging satu round UiTM :P Suddenly, saya ternampak seseorang yang tidaklah gemuk tetapi mempunyai perut yang agak buncit. Saya pandang ke perut saya, saya ni tak adalah kurus sangat sampai boleh bagi tips kurus, NO. Tapi perut saya tak adalah bloated.

Dan muncullah keinginan untuk mencoretkan tips elak perut buncit. Ada banyak sebenarnya tapi yang saya amalkan ialah 4 tips yang akan saya terangkan di bawah.

PERTAMA
Jangan makan terlalu laju. Kunyah perlahan-lahan. 44 kali kunyah kalau boleh XD Ini sebenarnya bukanlah tips saya, tetapi sunnah Rasulullah SAW iaitu perkara yang telah diamalkan oleh Rasulullah SAW seribu tahun yang lalu. Bila kita kunyah perlahan-lahan, makanan akan hancur sehancurnya yang memudahkan usus-usus perut kita untuk mencerna makanan tersebut. So, tak adalah makanan tersebut berlama-lama di dalam usus kita yang akan menyebabkan bloated.

KEDUA
Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Cliche right? Haha. Buah dan sayur mengandungi fiber (pelawas) yang sangat tinggi dan akan memudahkan serta melancarkan bahan buangan untuk keluar daripada badan kita. So, bahan buangan tersebut tak akan disimpan lama-lama di dalam usus kita yang akan menyebabkan bloated.

KETIGA
Minum air sebanyak enam hingga lapan gelas sehari. Ini mungkin cliche juga. Air sangat penting untuk badan kita. Air putih ye kawan-kawan, air kosong, sky juice gittew. Bukan milo, bukan neslo, bukan horlicks, bukan nescafe :P Tak nak cakap banyaklah pasal air ni, semua dah tahu kebaikan dia kan? Air membuatkan kulit kita sentiasa lembab dan cantik, menyahkan toksik dalam badan dan sebagainya.

KEEMPAT
Last but not least, ha ini baru tips saya. Tak, bukan saya nak promot apa-apa eh. Saya student, saya selalu ke kelas berjalan kaki. Melalui pemerhatian saya, apabila saya ada kelas (menyebabkan saya banyak berjalan) barulah pagi esoknya, saya akan mudah membuang air besar. Jika kelmarinnya, tiada kelas (terperuk di bilik), agak susah untuk saya membuang air besar. Jadi, kalau tak larat nak jogging ke apa ke, banyakkan berjalan.

Sekian sahaja daripada saya, saya nak pergi mandi ni, busuk baru lepas jogging XD Till the next post, bye!